fbpx

Konflik Palestin-Israel: Saya nak balik pertahankan Gaza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video dimuat naik Yousuf pada akaun TikToknya malam tadi.

PETALING JAYA – “Yousuf tak tahan untuk hidup lagi, saya nak balik Palestin,” itu rintihan hati seorang rakyat Palestin, Yousuf Hamis Abu A’ssi yang ‘meronta-ronta’ mahu pulang membantu penduduk Gaza yang dibom Israel.

Pemuda tersebut yang menetap di Malaysia tidak sanggup melihat rakyat Palestin berdepan kekejaman dan penindasan oleh rejim Zionis Israel sekali gus dia mahu pulang untuk berjuang bersama mereka.

“Kalau ada orang boleh tolong Yousuf untuk balik Palestin, demi Allah esok Yousuf akan balik, esok juga. Cukup-cukuplah,” katanya menerusi video dimuat naik malam tadi.

Dalam pada itu, Yousuf yang boleh berbahasa Melayu berkata, pada masa ini, penduduk di Gaza sangat memerlukan bantuan ambulans bagi melaksanakan kerja menyelamat dan merawat mangsa.

“Sampai sekarang belum ada negara yang hantar ambulans untuk bantu Gaza. Kita orang di sana minta tolong ambulans, tapi tak dapat sampai sekarang.

“Kenapa? Sebab umat Islam diam sampai sekarang. Benda ini Allah akan tanya anda. Kenapa masa itu anda boleh tolong, tapi anda diam saja.

“Allah akan tanya semua negara Arab yang boleh tolong, tapi sampai sekarang belum ‘join’ dengan mujahidin Gaza,” katanya meluahkan perasaan pada video itu.

Sebelum ini, Yousuf merupakan bekas pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) jurusan farmasi, namun difahamkan dia terpaksa berhenti daripada pengajian ekoran masalah kewangan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI