PETALING JAYA- Jumlah penduduk terjejas banjir di Selangor kini mencatat angka 610 orang daripada 160 keluarga setakat pukul 8 pagi tadi.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Selangor dalam kenyataan memaklumkan, sebanyak 10 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) ditempatkan di tiga daerah berasingan.
“Di Kuala Langat, 116 mangsa terdiri daripada 26 keluarga ditempatkan di PPS Dewan Orang Ramai Kg Bukit Changgang, PPS Dewan Orang Ramai Dato Hormat, Seri Cheding dan Balai Raya Kampung Orang Asli, Bukit Tadom.
“Di Hulu Langat pula, seramai 93 mangsa terdiri daripada 23 keluarga ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Bangi dan Sekolah Kebangsaan Ulu Semenyih.
“Di Sepang, seramai 401 mangsa terdiri daripada 111 keluarga ditempatkan di PPS Dewan Orang Ramai Taman Gemilang, PPS Dewan Orang Ramai Kampung Datuk Ahmad Razali, Sekolah Menengah Kebangsaan Dengkil dan Dewan Orang Ramai Dengkil,” katanya dalam kenyataan hari ini.-KOSMO! ONLINE.