fbpx

Mangsa banjir cecah 500 orang di Hilir Perak, Kerian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa banjir di Perak kini mencecah 500 orang setakat pukul 8 malam tadi.

IPOH – Mangsa banjir di Perak terus meningkat dengan jumlah terkini direkodkan di dua daerah iaitu Hilir Perak dan Kerian setakat pukul 8 malam tadi ialah 500 orang berbanding 488 orang pada pukul 6 petang.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Perak berkata, kesemua mangsa banjir berkenaan kini ditempatkan di lima buah pusat pemindahan sementara (PPS) iaitu tiga di Hilir Perak dan dua di Kerian.

“Terdapat 154 orang mangsa melibatkan 43 buah keluarga direkodkan di daerah Kerian, manakala di Hilir Perak pula terdapat 346 orang mangsa (111 keluarga).

“Seramai 165 orang mangsa dari 52 buah keluarga ditempatkan di PPS Dewan Serbaguna Padang Tembak di Hilir Perak,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, sebanyak 147 mangsa dari 47 buah keluarga pula ditempatkan di Dewan Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) Langkap dan 34 mangsa (12 buah keluarga) di PPS Dewan Serbaguna Chikus di Hilir Perak.

Sementara itu, katanya, 97 orang mangsa dari 24 buah keluarga pula ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan Changkat Lobak manakala 57 orang mangsa (19 buah keluarga) ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan Alor Pongsu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI