fbpx

GP Malaysia 2023 mula esok, pengunjung diminta patuh arahan – Polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SEPANG – Pengunjung Petronas Grand Prix of Malaysia 2023 (MotoGP) diminta supaya mematuhi segala peraturan telah ditetapkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan penganjur perlumbaan tersebut.

Ketua Polis Daerah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Asisten Komisioner Imran Abd Rahman berkata, edisi perlumbaan itu bermula esok hingga 12 November ini bertempat di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Beliau berkata, pengunjung dinasihatkan untuk menjaga keselamatan diri, anak dan harta benda sepanjang berada di SIC bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini berlaku.

“Jika berlaku, lapor segera kepada polis. Pengunjung juga digalakkan hadir lebih awal serta rancang perjalanan bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas selain patuhi arahan papan tanda di sepanjang jalan.

“Setiap kenderaan perlu diparkir di kawasan yang ditetapkan dan tidak meninggalkan barang-barang berharga di dalam kenderaan bagi mengelakkan kecurian.

“Pengunjung juga tidak dibenarkan membawa apa-apa senjata atau barang berbahaya dan elak melakukan tindakan provokatif yang boleh menjejaskan ketenteraman awam, selain kawasan SIC juga merupakan kawasan larangan merokok,” katanya ketika dihubungi hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI