fbpx

Pengurus sumber manusia kebas insentif Penjana RM200,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

JOHOR BAHRU – Seorang pengurus sumber manusia sebuah syarikat diberkas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Johor bagi membantu siasatan kerana mengemukakan tuntutan palsu berjumlah lebih RM200,000.

Menurut sumber, suspek seorang wanita berusia 35 tahun itu ditahan di pejabat SPRM Johor Bahru kira-kira pukul 10 pagi hari knj selepas hadir memberikan keterangan.

Difahamkan, suspek yang bertugas di sebuah syarikat swasta telah mengemukakan tuntutan palsu kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) melalui Borang Pengesahan Pekerja secara dalam talian..

Suspek telah meletakkan butiran palsu bagi memperolehi peruntukan dibawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) bagi melaksanakan Program Insentif Pengambilan Pekerja’ sedangkan program tidak dilaksanakan sepenuhnya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan penahanan terbabit.

Kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009, suspek kemudian dilepaskan dengan jaminan SPRM.-KOSMO! ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI