fbpx

Naib Presiden China lawat Malaysia bermula hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Han Zheng

PUTRAJAYA – Naib Presiden Republik Rakyat China (RRC), Han Zheng mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia bermula hari ini hingga 11 November 2023 bersempena ulang tahun ke-10 Perkongsian Strategik Komprehensif Malaysia- China pada tahun ini.

Kedatangan Han Zheng ke Malaysia bakal disambut Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Mohamad Alamin di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Menurut Wisma Putra, Han Zheng dijadualkan menghadiri Majlis Sembah Menghadap kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara.

“Beliau juga akan mengadakan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selain menghadiri majlis makan malam anjuran Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

“Antara perkara akan dibincangkan ialah isu dua hala sama ada serantau dan antarabangsa yang berkepentingan bersama selain kerjasama dalam industri halal dan konflik Palestin-Israel.

“Perbincangan turut melibatkan perkara berkaitan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-China yang akan disambut pada tahun 2024,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.

Mengulas lanjut, Wisma Putra berkata, Han Zheng juga dijangka melawat Automotive Hi-Tech Valley (AHTV) di Tanjung Malim, Perak dan Pulau Pinang.

Sejak sedekad lalu, China merupakan rakan dagang terbesar Malaysia di mana pada tahun 2022 jumlah dagangan antara Malaysia dan China bernilai RM487.13 bilion menyaksikan peningkatan sebanyak 15.6 peratus berbanding tahun 2021.

China juga merupakan pelabur langsung asing terbesar di Malaysia bagi tahun 2022 dengan pelaburan berjumlah RM55.4 bilion. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI