fbpx

Mangsa cabul jurulatih taekwondo jadi lima orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SHAH ALAM – Seorang lagi kanak-kanak perempuan yang dikatakan dicabul jurulatih taekwondo tampil membuat laporan polis di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya menerima laporan daripada mangsa berusia 11 tahun itu kira-kira pukul 7.20 petang.

Katanya, kanak-kanak itu belajar seni mempertahankan diri itu di pusat latihan yang diajar suspek berusia 20 tahun itu.

“Kita terima tambahan satu laporan lagi daripada mangsa yang dicabul suspek.

“Ini menjadikan keseluruhan lima mangsa dengan kesemuanya adalah kanak-kanak perempuan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Jelas beliau, suspek yang merupakan pelajar sebuah kolej swasta di Lembah Klang kini disambung reman sehingga esok bagi membantu siasatan kes tersebut.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (AKSTK 2017),” katanya.

Kosmo! sebelum ini melaporkan seorang pengajar seni mempertahankan diri taekwondo yang dipercayai mencabul empat kanak-kanak perempuan berusia 7 hingga 9 tahun ditangkap, baru-baru ini.

Penahanan dilakukan di sebuah pasar raya di daerah ini kira-kira pukul 4 petang, 2 November lalu.

Siasatan mendapati suspek menggunakan alasan mahu membetulkan tali pinggang mangsa di tandas sebelum melakukan perbuatan jenayah terbabit. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI