fbpx

[VIDEO] ‘Sudahlah terperangkap dalam lif, air pula tak henti mencurah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video yang dimuat naik oleh @theandyands di akaun TikToknya.

PETALING JAYA – Seorang wanita berkongsi detik cemas ketika lif yang dinaikinya di pusat beli-belah Subang Parade dimasuki air dalam kejadian banjir, Ahad lalu.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @theandyands di akaun TikToknya, dia dan keluarganya serta beberapa individu lain terperangkap di dalam lif berkenaan selama beberapa minit.

Lebih memburukkan keadaan, air tidak henti memasuki lif dari bumbung sehingga membuatkan para pengunjung yang terperangkap menjadi panik.

“Saya dan keluarga saya, bersama beberapa orang lain terperangkap dalam suasana yang menakutkan ini di Subang Parade semalam (kelmarin).

“Bayangkan anda terperangkap dalam lif selama beberapa minit semasa air hujan mencurah-curah ke seluruh tubuh anda.

“Masuk akal jika tempat letak kereta bawah tanah atau pusat membeli-belah ditenggelami air, tetapi ini di dalam lif?,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Tambahnya, dia berharap pihak pengurusan mengambil tindakan segera dengan menyelenggara pusat membeli-belah itu dengan baik.

Difahamkan semua individu yang terperangkap dalam lif itu terselamat dan berjaya dikeluarkan melalui pintu lif yang terbuka sedikit.

Sehingga kini, video tersebut mendapat 1.6 juta tontonan, 26,600 tanda suka dan 9,381 perkongsian.

Tinjauan Kosmo! di ruangan komen mendapati ramai yang tidak menyangka kejadian banjir di pusat beli-belah itu akan terjadi lebih-lebih lagi situasi yang dihadapi oleh wanita tersebut di dalam lif.

“Sangat bahaya orang boleh kena renjatan elektrik dan pintu lif akan tersekat dan tak boleh buka sekiranya ada litar pintas mangsa terperangkap dalam lif,” komen Bad.

“Pertama kali saya tengok air turun dari lif. Subang Parade tu kalau ikutkan susah nak banjir,” komen seorang pengguna.

“Bangunan ini sudah berusia 35 tahun, banyak yang sudah rosak dan kebocoran. Harus diperbaiki dengan segera,” komen April pula.

Terdahulu Kosmo! melaporkan pusat beli-belah di daerah ini antara yang terkesan dengan banjir kilat susulan hujan lebat berterusan, petang kelmarin.

Bukan sahaja di kawasan dalam pusat membeli belah, malah kawasan tempat letak kereta juga turut dilihat dimasuki air. – KOSMO! ONLINE

@theandyands My family and I, along with a few others were caught up in this terrifying setting at Subang Parade yesterday. Imagine being trapped in the lift for a few minutes while rain water poured all over you. It make sense if the basement car park or even the mall were flooded, but inside the lift? What the hell is that?!! I hope @Subang Parade management takes action and properly maintains their mall. #subangparade #subang #banjir #flooded #stuckinlift #raining #monsoonseason #shitshow #sunday #horrifyingexperience #emergency ♬ Creepy, scary, horror, synth, tension – Sound Production Gin

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI