fbpx

Konflik Palestin-Israel: Pesawat penumpang nyaris terkena tembakan misil Kubah Besi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pesawat El Al terbang pada saat Kubah Besi meletupkan roket. – The Sun

TEL AVIV – Sebuah pesawat penumpang dirakam terbang di ruang udara Tel Aviv ketika sistem pertahanan udara Israel dikenali sebagai  ‘Kubah Besi’,  memintas roket Hamas, lapor akhbar The Sun semalam.

Rakaman video situasi tersebut menunjukkan empat letupan kuat dan terang,  dipercayai peluru berpandu Israel daripada sistem  Kubah Besi.

Ketika kejadian, pesawat milik syarikat penerbangan Israel, El Al itu bersedia untuk mendarat di lapangan terbang Tel Aviv dan berada hampir dengan letupan tersebut.

Bunyi siren amaran didengari ketika peluru berpandu meletup di ruang udara pada saat pesawat berkenaan terbang rendah.

Penerbangan LY5108 dari Tbilisi, Georgia ke Tel Aviv itu tiba 15 minit lewat daripada jadual, demikian menurut data daripada laman pemantau, Flightradar24. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI