fbpx

Konflik Palestin-Israel: Jakarta nafi tuduhan Zionis tentang Hospital Indonesia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail 13 Januari 2016 menunjukkan Hospital Indonesia di Beit Lahia, utara Semenanjung Gaza. – AFP

JAKARTA  – Indonesia hari ini menafikan tuduhan Israel bahawa sebuah hospital yang dibina di Gaza dengan menggunakan dana Jakarta terletak di atas rangkaian terowong Hamas dan berhampiran pad pelancaran roket.

Hospital terletak di utara Semenanjung Gaza dan dekat sempadan Israel itu dibiayai oleh dana hasil derma orang awam di Indonesia.

“Hospital Indonesia di Gaza merupakan fasiliti dibina oleh rakyat Indonesia yang seluruhnya untuk tujuan kemanusiaan dan memenuhi keperluan perubatan warga  Palestin di Gaza,” kata Kementerian Luar Indonesia dalam satu kenyataan hari ini.

Kenyataan itu dibuat sehari selepas jurucakap tentera Israel, Laksamana Muda Daniel Hagari berkata bahawa Hospital Indonesia dibina di lokasi di atas rangkaian terowong Hamas. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI