fbpx
Pemain hoki Malaysia diasak oleh pemain Namibia di perlawanan Hoki Tertutup Sultan Nazrin Shah Cup & Tuanku Zara Cup di Stadium Indera Mulia, Ipoh Hlhari ini. - Foto MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA

Hoki: Peluang Malaysia kabur selepas alami dua kekalahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

IPOH – Peluang pasukan wanita negara dalam kejohanan hoki Jemputan Antarabangsa Piala Tuanku Zara sukar selepas mengalami dua kekalahan di hari pertama di Stadium Indera Mulia di sini hari ini.

Selepas tunduk 2-3 kepada Afrika Selatan pada sebelah pagi, Malaysia kecundang 1-4 kepada Namibia apabila anak buah, Mohd Osman melakukan banyak kesilapan untuk membolehkan Nabimia mendahului 2-0 di separuh pertama.

Sunelle Ludwig menghukum kealpaan benteng Malaysia pada minit ke-15 dan lima minit kemudian Namibia menambah jaringan melalui pukulan penalti strok, Azaylee Philander.

Namibia yang menduduki ranking ke-10 dunia nyata terlalu gagah buat Malaysia apabila menambah dua gol melalui Azaylee di minit 30 dan 31 sebelum Malaysia merapatkan jurang melalui Iren Hussin pada m-33. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI