fbpx

Murid sekolah teruskan solidariti untuk Palestin, tapi jaga akhlak – Fadhlina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video himpunan solidariti bersama Palestin yang diadakan secara dalam talian menerusi permainan video, Roblox.

PETALING JAYA – Murid digalakkan untuk terus menunjukkan semangat solidariti terhadap Palestin selepas negara itu teruk diserang oleh rejim Zionis Israel sejak awal Oktober lalu.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, bagaimanapun, mereka perlu menjaga akhlak sebagai orang Islam dan murid agar tidak berlebih-lebih dalam berkata-kata.

“Yang penting mesej keamanan sampai. Jangan buat apa-apa yang berbentuk kebencian. Jaga akhlak walaupun dalam talian, teruskan solidariti untuk Palestin,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Majlis Pelancaran Kesiapsiagaan Menghadapi Monsun Timur Laut 2023/2024 di Sekolah Kebangsaan Taman Dato’ Harun 2, di sini hari ini.

Fadhlina (dua kiri) melawat ke ruang pameran selepas melancarkan Kesiapsiagaan Menghadapi Monsun Timur Laut 2023/2024 di Sekolah Kebangsaan Taman Datuk Harun 2, Petaling Jaya, hari ini. – Foto oleh FARIZ RUSADIO / KOSMO!

Terdahulu, Fadhlina diminta mengulas mengenai tindakan sebilangan murid sekolah yang melakukan tunjuk perasaan menerusi permainan video Roblox sebagai sokongan moral kepada penduduk Palestin.

Usaha ratusan pemain Roblox yang terdiri daripada kanak-kanak dan remaja negara ini turut mendapat perhatian dunia apabila dengan kreatif melakukan protes pro-Palestin secara dalam talian sehingga berjaya membuka mata ramai pihak agar lebih prihatin terhadap kekejaman ke atas saudara Islam di sana. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI