fbpx

Hujan lebat hampir semua negeri malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat hampir di seluruh negeri malam ini.

Menurut MetMalaysia, cuaca buruk itu dijangka berlarutan sehingga pukul 9 malam nanti.

“Ribut petir dan hujan lebat dijangka melanda negeri Pahang, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Selain itu, kawasan pedalaman di Kelantan, Terengganu, Perlis dan Perak turut dijangka mengalami cuaca sama.

“Cuaca buruk juga dijangka melanda berlaku di beberapa kawasan di Sarawak iaitu di Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang,” katanya.

Tambah MetMalaysia, ribut petir juga diramal berlaku di Pedalaman, Tawau, Sandakan dan Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI