fbpx

Buli: PIBG MCKK selar ibu bapa tingkatan empat campur tangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tular pelajar sekolah dipercayai dibuli senior dalam kejadian di Kuala Kangsar pada Jumaat.

PETALING JAYA – Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) menyelar tindakan cubaan campur tangan ibu bapa dalam pengurusan sekolah berhubung kes buli melibatkan pelajar sekolah itu.

Dalam satu kenyataan PIBG MCKK, tindakan menularkan kes tersebut memberi impak besar dan membawa imej buruk kepada MCKK secara keseluruhannya.

“PIBG MCKK ambil maklum ancaman penularan kes ini melalui surat yang diutuskan oleh sekumpulan ibu bapa murid Tingkatan 4 sekiranya keputusan dan tindakan semasa pihak sekolah ke atas murid yang terbabit tidak diubah.

“Dalam hal yang berkaitan, PIBG MCKK menghormati pendirian pihak sekolah dan pengetua yang tidak tunduk kepada ancaman diberikan oleh sekumpulan ibu bapa murid Tingkatan 4,” menurut kenyataan itu, semalam.

Pihak tersebut turut memaklumkan, kes disiplin itu selesai disiasat dan diambil tindakan pihak sekolah.

“Justeru, pihak PIBG mengambil pendirian bahawa, keputusan diambil oleh pihak sekolah perlu dihormati atas dasar pertimbangan yang sewajarnya telah diberikan atas faktor kebajikan dan kebaikan semua pihak.

“Pihak sekolah telah mematuhi semua tatacara dan prosedur sewajarnya dalam mengambik keputusan. Keputusan diambil pihak sekolah dianggap telus tanpa sebarang campur tangan mana-mana pihak,” tegas kenyataan tersebut.

Mengulas lanjut, PIBG MCKK memaklumkan telah menerima laporan mengenai pelajar MCKK diherdik dan dihalau dari premis makanan sekitar Kuala Kangsar serta dilabel sebagai pembuli.

“PIBG memandang serius perkara ini dan memikirkan risiko kemungkinan diserang dan diganggu pihak luar yang cuba mengambil kesempatan daripada isu ini,” jelas pihak tersebut.

Terdahulu, tular hantaran di Instagram yang memaparkan seorang pelajar sekolah dimasukkan ke hospital didakwa dibuli pelajar senior. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI