fbpx

Replika seterika terapung MR D.I.Y. kini berada di Pulau Pinang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penduduk Pulau Pinang pastinya akan tertarik melihat replika seterika terapung terbesar yang ditempatkan di tepi Jambatan Pulau Pinang sehingga akhir bulan ini.

PETALING JAYA – Replika seterika terapung terbesar di Malaysia milik MR D.I.Y. yang pernah ditempatkan di Taman Tasik Titiwangsa kini berada di perairan di tepi Jambatan Pulau Pinang di Persiaran Karpal Singh.

Replika bersaiz 16 meter yang diiktiraf oleh Malaysian Book of Records sebagai replika seterika terapung terbesar di Malaysia akan  dipamerkan di situ sehingga 30 November 2023.

Ketua Pemasaran Kumpulan MR D.I.Y., Alex Goh berkata, replika seterika terapung gergasi ini adalah salah satu cara yang menyeronokkan dan menarik untuk menyebarkan mesej ‘Kecil & Besar MR D.I.Y. Ada’ kepada semua rakyat Malaysia, sambil berhibur. 

“Warga Kuala Lumpur telah menyaksikannya di Taman Tasik Titiwangsa. Kini, kami menjemput warga Pulau Pinang untuk menyertai keseronokan ini. ‘Seterika’ ini akan menjelajah ke negeri lain tidak lama lagi, menawarkan lebih ramai rakyat Malaysia peluang untuk menyaksikannya,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini baru-baru ini.

Replika seterika terapung gergasi itu adalah bersempena dengan inisiatif MR D.I.Y, “Kecil & Besar, MR D.I.Y. Ada” yang mana melalui inisiatif ini, lebih daripada 20,000 produk yang MR D.I.Y. menawarkan di lebih 1,200 cawangannya di seluruh negara.

Peruncit itu juga telah menempatkan beberapa replika gergasi di kawasan tumpuan pengunjung di Pulau Pinang dan Melaka. Penduduk Pulau Pinang boleh melawat patung gebu dinasour gergasi di All Seasons Place. 

Sementara itu di Melaka, terdapat pili air gergasi di Menara Taming Sari, pengecas bateri serta bola sepak gergasi di Mahkota Parade. -KOSMO! ONLINE

 

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI