fbpx

Kita kekurangan 20,000 guru – KPM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pkharuddin (tiga kiri) ketika menghadiri Konvensyen Program Transformasi Daerah di sebuah hotel, hari ini.

ALOR SETAR – Kementerian Pendidikan (KPM) akan menyelesaikan masalah kekurangan guru yang berlaku di seluruh negara dalam tempoh beberapa tahun secara berperingkat.

Menurut Ketua Pengarahnya, Datuk Pkharuddin Ghazali, kekurangan itu tidak dapat dielakkan ekoran persaraan guru secara pilihan dan wajib.

“Kekurangan guru sedang berlaku kita tak menafikan, 20,000 lebih sikit. Kenapa berlaku? Kerana guru bersara wajib dan guru bersara pilihan.  Selepas itu, peringkat demi peringkat berlaku kekurangan sana sini jadi angka itu terjadi.

“Semalam diumumkan 9, 552 guru baharu dilantik untuk menampung kekurangan itu, jadi kita masih ada lagi yang tidak dapat kita selesaikan. Jadi insya-Allah, dalam masa terdekat Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) akan keluarkan guru-guru yang kita lantik secara kontrak ada sejumlah lagi,” katanya ketika ditemui pada Konvensyen Program Transformasi Daerah di sebuah hotel, di sini hari ini.

Beliau mengulas tentang kenyataan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) susulan muka depan Kosmo! kelmarin berhubung kerisauan ibu bapa mengenai masa depan pendidikan anak mereka ekoran masalah kekurangan guru.

Aminuddin juga berkata, pengisian jawatan 9,552 graduan pendidikan seperti diumumkan SPP baru-baru ini tidak mencukupi untuk menampung kekurangan tersebut yang didakwa berjumlah 20,863 guru.

Mengulas lanjut, kata Pkharuddin, kementerian berusaha menambah baik kaedah tertentu agar permasalahan tersebut terutama kekurangan guru dalam subjek teras akan dapat diatasi dengan segera.

“Perkara ini dalam radar kita dan kita sedang menambah baik kaedah untuk dapatkan guru opsyen tertentu kita bekerjasama dengan pihak IPTA dan IPTS supaya bekalan ini dalam tempoh beberapa tahun ini dapat kita atasi.

“Cumanya saya ingin menarik perhatian bahawa satu perkara, kekurangan ini tidak boleh diselesaikan sekali gus baik di negeri mana-mana pun kita harapkan guru yang dibekalkan dipimpin oleh pengetua guru besar sebaiknya.

“Ia supaya mereka dapat berikan perkhidmatan jauh lebih baik dan berkualiti. Sebenarnya jika ada kepimpinan dalam pendidikan lemah, guru yang ada tidak membantu.  Kalau kepimpinan itu hebat, mereka dapat gerakkan sumber manusia dengan sebaiknya pasti banyak kejayaan,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI