fbpx

Dengkil naik air, 110 mangsa dipindahkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian mangsa dipindahkan ke PPS Dewan Orang Ramai Taman Gemilang berikutan situasi banjir yang belum pulih. Foto IHSAN ADUN DENGKIL

DENGKIL – Kira-kira 110 mangsa banjir dipindahkan ke empat pusat pemindahan sementara (PPS) susulan situasi semasa banjir yang belum pulih selain paras air sungai menunjukkan trend menaik.

Difahamkan, kesemua mangsa melibatkan 41 keluarga itu dipindahkan ke PPS terlibat antaranya di Dewan Orang Ramai Dengkil, Dewan Orang Ramai Taman Gemilang, Dewan Orang Ramai Kampung Datuk Ahmad Razali dan Dewan MPKK Jenderam Hilir.

Ketua Polis Daerah Sepang, Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, kesemua PPS itu mula dibuka sejak pukul 3 petang tadi.

“Antara kawasan dinaiki termasuk Kampung Sungai Buah, Jenderam Hilir, Kampung Orang Asli Batu 28 Jenderam, Kampung Sri Tanjung dan Kampung Chemperai,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Hujan lebat sejak malam tadi menyebabkan beberapa kawasan-kawasan rendah dinaiki air selain paras air sungai utama juga menunjukkan trend menaik.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Dengkil, Datuk Seri Jamil Salleh turut berkesempatan melawat beberapa kawasan banjir sekitar Dengkil.

Menurutnya, lebih kurang 20 keluarga di Kampung Chemperai dipindahkan ke PPS selepas lebih 30 buah rumah dinaiki air termasuk Tabika Kemas Kampung Chemperai.

“Keadaan air mulai surut tetapi agak perlahan. Semoga semua penduduk menjaga keselamatan diri dan keluarga,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI