fbpx

VIDEO] Rider, lelaki blazer merah sudah berbaik?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lelaki blazer merah memuat naik gambar di aplikasi X bersama penghantar makanan tersebut.

PETALING JAYA – Video tular sejak semalam yang memaparkan seorang penghantar barang ‘dikunci’ oleh seorang lelaki berpakaian blazer berwarna merah menimbulkan kemarahan dalam kalangan pengguna media sosial hari ini.

Walau bagaimanapun, timbul dakwaan menyatakan bahawa penghantar makanan dan lelaki berpakaian blazer merah tersebut sudah pun berbaik.

Menerusi ciapan oleh lelaki berblazer merah tersebut menerusi akaun peribadinya di aplikasi X, dia memuat naik gambar satu laporan polis dan dirinya bersama seorang lelaki dipercayai penghantar makanan dalam video tular sebelum ini.

Dia juga memaklumkan isu dan salah faham yang timbul antara penghantar makanan dan pengawal keselamatan tersebut telah pun diselesaikan cara baik.

Walau bagaimanapun, selepas beberapa ketika memuat naik hantaran tersebut dan menerima kecaman hebat daripada pengguna media sosial, lelaki blazer merah itu menetapkan akaunnya kepada privasi.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan video tersebut tular kerana menerima kecaman hebat daripada pengguna media sosial yang menyifatkan tindakan lelaki blazer merah itu tidak berperikemanusiaan kerana menyakiti penghantar makanan itu.

Difahamkan kejadian tersebut berlaku di hadapan sebuah premis perniagaan di Persiaran Tun Razak, di sini.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Superintendan Nazrin Abdul Yusof berkata, hasil siasatan awal yang dijalankan mendapati kejadian tersebut berlaku pukul 3.20 petang, pada Khamis.

“Kejadian yang berlaku antara seorang penghantar barang dengan seorang individu, berpunca daripada salah faham manakala kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

“Setakat ini, seramai lima individu dipanggil bagi melengkapkan siasatan sebelum dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan tengah malam tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI