fbpx

Persekutuan Pengakap Malaysia sasar 500,000 ahli menjelang 2025

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JOHARI (duduk, tengah) bersama pemimpin pengakap negara Asean menghadiri The 18th Asean Scout Association for Regional Cooperation (ASARC) Meeting di George Town, hari ini.

GEORGE TOWN – Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) mensasarkan jumlah keahliannya meningkat kepada 500,000 orang menjelang 2025 nanti.

Ahli Majlis Pengakap Negara, Tan Sri Johari Abdul berkata, setakat ini jumlah keahlian PPM adalah kira-kira 300,000 ahli dan pihaknya menyusun pelbagai strategi dan perancangan bagi memastikan sasaran 500,000 ahli itu dapat dicapai.

“Kita mempunyai cita-cita untuk mencapai setengah juta ahli menjelang tahun 2025, pelbagai usaha sedang dijalankan bagi memastikan sasaran tersebut dapat diperoleh.

“Sasaran keahlian PPM bermula di sekolah rendah seterusnya sekolah menengah dan terbaharu dengan usaha kerajaan menghidupan semula Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 pada tahun depan.

“Elemen pengakap serta badan-badan uniform lain juga akan lebih diperkenalkan di dalam PLKN, ini akan menarik minat golongan muda menyertai pengakap,” katanya di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI