HULU TERENGGANU – Seorang peniaga ikan dan sayur-sayuran tidak menyangka wanita berjubah yang menumpang van miliknya pada awal pagi Rabu lalu rupa-rupanya suspek bagi satu kes pembunuhan melibatkan usahawan tudung. Lelaki berusia 58 tahun yang enggan dikenali itu mendakwa, dia menumpangkan wanita itu di Batu 23, Jalan Kuala Berang pada pukul 3 pagi kerana menyangkakan suspek merupakan mangsa kemalangan yang memerlukan pertolongan. Dakwanya, kejadian berlaku ketika dia dalam perjalanan ke Pasar Borong Gong Pauh di Kuala Terengganu untuk mengambil bekalan……