fbpx

Masjid dicadang wujud Tabung Kasih Rahmah bantu kariah terdesak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd Na'im (tiga dari kanan) menyerahkan replika sumbangan kepada wakil pengurusan Masjid As-Salimin pada Majlis Perasmian Penutup ZIKIR’23 Peringkat Zon Selatan di Melaka. - foto SYAFEEQ AHMAD

MELAKA – Semua masjid di negara ini disarankan untuk menubuhkan Tabung Kasih Rahmah bagi membantu kariah yang terdesak dan memerlukan bantuan dalam kadar segera.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar berkata, tabung itu boleh digunakan sebagai bantuan awal kepada mangsa yang ditimpa musibah termasuk kes-kes kemalangan dan kebakaran.

Katanya, sebelum ini terdapat banyak kes melibatkan ahli kariah yang ditimpa kesusahan, namun tidak mempunyai tempat untuk mendapatkan bantuan kewangan.

“Bagi asnaf, mereka boleh buat kerja sampingan membersihkan masjid dan upah mereka dibayar melalui tabung ini,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Penutup Program Ziarah Kasih Rahmah (ZIKIR’23) Peringkat Zon Selatan di Masjid As-Salimin, Kampung Kandang di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau menyeru orang ramai menyalurkan bantuan terhadap krisis kemanusiaan di Palestin melalui dua tabung yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Dua tabung tersebut adalah Tabung Musa’adah JAKIM-YWM dan Tabung Kecemasan Misi Bantuan Kemanusiaan Kepada Rakyat Palestin yang dikawal selia Kementerian Luar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI