fbpx

Kasino Genting Highlands rugi RM4.6 juta dipecah masuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

BENTONG – Sebuah kasino di Genting Highlands, di sini mengalami kerugian kira-kira RM4.6 juta selepas premis tersebut dipecah masuk.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, polis menerima laporan pada 28 Oktober lalu mengenai kehilangan cip kasino bernilai RM4,607,800.

“Bahagian siasatan Jenayah Ibu Pejabat polis Daerah (IPD) Bentong masih meneruskan siasatan dan mengesan suspek yang terlibat.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat sila hubungi IPK llD Bentong di talian 09-2222222 atau mana-mana balai polis berdekatan,”katanya di sini hari ini.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Kesiksaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI