fbpx

Kabinet setuju sebahagian dana bantu pelajar, keluarga Palestin – Ahmad Zahid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid ketika sidang akhbar pada perlepasan penghantaran bantuan kemanusiaan pertama Ops Ihsan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), malam tadi. Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR/ KOSMO!

SEPANG – Ribuan pelajar Palestin yang menuntut di pelbagai institusi pengajian tinggi di seluruh negara akan menerima bantuan termasuk tanggungan kos sara hidup.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, perkara tersebut diputus Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada mesyuarat Kabinet semalam.

“Beliau bersetuju sebahagian daripada lebih RM100 juta kutipan dana akan diberikan kepada pelajar dan keluarga Palestin di Malaysia,” katanya kepada pemberita selepas perlepasan bantuan kemanusiaan pertama Ops Ihsan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini malam tadi.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, bantuan khas kepada pelajar Palestin itu ekoran keprihatinan pihak kerajaan mengenai nasib mereka yang terputus sumber kewangan.

“Selama ini mereka dibiayai ibu bapa namun tidak lagi sejak krisis Gaza disebabkan ada keluarga yang telah tiada akibat pengeboman menyebabkan punca pendapatan terputus,” jelasnya.

Tambahnya, senarai lengkap mengenai nama pelajar terlibat akan dikemukakan pihak Kedutaan Palestin di Kuala Lumpur kepada Wisma Putra untuk tindakan susulan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI