fbpx

Jerman juara Kejohanan Hoki Antarabangsa Piala Sultan Johor 2023

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PASUKAN Jerman muncul juara Kejohanan Hoki Antarabangsa Piala Sultan Johor (SOJC) menundukkan Australia 3-1 di Stadium Hoki Taman Daya, Johor Bahru hari ini

JOHOR BAHRU – Pasukan Jerman muncul juara Kejohanan Hoki Antarabangsa Piala Sultan Johor (SOJC) 2023 di Stadium Hoki Taman Daya, di sini selepas menewaskan Australia 3-1 menerusi penentuan penalti setelah permainan berakhir tanpa Jaringan.

Kemenangan itu membolehkan Jerman mengekalkan rekod 100 peratus apabila muncul juara buat kali kedua dalam dua penampilan, setelah menjadi juara pada 2012.

Penjaga gol Joshua Onyekwue Nnaji muncul wira pasukan apabila menafikan tiga pukul penalti Australia yang diambil Cooper Burns, Liam Henderson dan Nathan Czinner dan menghadiahkan kemenangan buat Jerman.

Sementara itu, juara musim lalu, India menamatkan kejohanan di tempat ketiga selepas menewaskan musuh tradisi, Pakistan 6-5 menerusi penentuan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 3-3 dalam masa permainan sebenar.

India yang juga juara Remaja Asia membuka jaringan pada minit ke-11  menerusi gol padang Sahani Arun sebelum Pakistan menyamakan kedudukan pada minit ke-33 menerusi jaringan pukul sudut penalti yang disudahkan Sufyan Khan.

India dan Pakistan saling berbalas jaringan dengan gol pasukan India dijaringkan oleh Poovana Chandura Boby dan Uttam Singh manakala gol bagi anak didik Roelant Oltmans dihasilkan Abdul Qayyum dan Hannan Shahid sebelum perlawanan diheret ke penentuan penalti.

Sementara itu, juara tiga kali SOJC, Great Britain hanya mampu menamatkan saingan SOJC di tempat kelima selepas menewaskan New Zealand 5-3. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI