fbpx

[VIDEO] Konflik Palestin-Israel: Mana ibu saya?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amir menangis ketika mencari ibunya.

PETALING JAYA – “Tolong bawakan saya kepada ibu saya, mana ibu saya?.”

Demikian rayuan seorang kanak-kanak Palestin, Amir, yang mencari ibunya selepas kawasan tempat tinggal mereka di kem Al-Brige, Semenanjung Gaza dibom tentera Israel.

Menerusi perkongsian wartawan Palestin, Hani Abu Rezeq di Instagramnya malam tadi, kelihatan kanak-kanak tersebut turut mengalami kecederaan di bahagian muka dan beberapa anggota badan akibat serangan ganas terbabit.

Dalam keadaan menangis teresak-esak, Amir cuba ditenangkan oleh orang awam di sana, namun dia tetap mahu ditemukan dengan ibunya selepas mereka terpisah sewaktu menyelamatkan diri.

“Saya merayu, saya nak ibu saya. Bawakan ibu saya. Saya merayu,” rayu Amir.

Terdahulu, Kementerian Kesihatan Palestin melaporkan angka kematian penduduk Palestin akibat serangan berterusan tentera penceroboh Israel di Semenanjung Gaza meningkat kepada 9,061 orang setakat semalam.

Katanya, mangsa termasuk 3,760 kanak-kanak, 2,326 wanita manakala 32,000 yang lain cedera. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI