fbpx

Perlekeh Palestin, Kim Kardashian pakaikan anak jersi lusuh, berdarah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anak Kim Kardahsian, Saint West menggayakan jersi seperti kanak-kanak Palestin yang lusuh dan bermandi darah.

SELEBRITI terkenal Kim Kardashian mengundang kemarahan ramai apabila didakwa sengaja menggayakan anak lelakinya Saint West persis kanak-kanak mangsa perang di Palestin.

Terbuka berkongsi dalam media sosial, Saint dilihat menyarung jersi bola sepak berwarna biru dengan tertera nama pemain bola sepak terkenal, Neymar di bahagian belakang baju.

Baju tersebut juga ‘dihias’ dengan kesan kotoran dan darah termasuk sebiji bola yang melekat pada bahagian dada.

“Saint sebagai Neymar junior versi zombi,” kata Kim sebagai kapsyen.

Meskipun sudah memaklumkan bahawa pakaian bertema hantu zombi, rata-rata orang tetap menyelar tindakan Kim yang dikatakan tidak sensitif kerana gaya pakaian anaknya seperti memperlekeh keadaan kanak-kanak yang cedera akibat menjadi mangsa kekejaman Israel di Palestin.

“Otak awak sakit! Ini sangat tidak sensitif dan melibatkan kanak-kanak.

“Tidak sensitif, pakaian seperti kanak-kanak yang cedera dan terkorban di Palestin!

“Ini perkongsian paling bodoh pernah awak lakukan. Nampaknya anda tidak berpihak pada Palestin,” demikian komen netizen yang marah dengan perkongsian tersebut.

Sehingga hari ini, angka kematian akibat konflik Palestin-Israel yang berlarutan sejak 7 Oktober lalu di Gaza kini sudah mencecah lebih 9,000 orang termasuk 3,700 adalah kanak-kanak. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI