fbpx

Pelancong China maut bas terbalik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang pelancong China maut selepas bas persiaran dinaiki bersama 15 pelancong lain terbabit kemalangan dengan lori di Kilometer 21 Jalan Semporna-Tawau pagi semalam.

SEMPORNA – Seorang pelancong China maut selepas bas persiaran dinaiki bersama 15 yang lain terbabit kemalangan dengan lori di Kilometer 21 Jalan Semporna-Tawau semalam.

Dalam kemalangan pukul 11.30 pagi itu, mangsa lelaki berusia 56 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Semporna, Superintendan Mohd. Farhan Lee Abdullah berkata, siasatan awal mendapati kemalangan membabitkan bas persiaran dengan sebuah lori jenis Isuzu.

Katanya, lori dari arah Tawau menuju ke Semporna manakala bas persiaran pelancong dari arah Semporna menuju ke Airport Tawau.

“Lori yang dipandu oleh seorang lelaki (suspek) yang datang dari arah bertentangan disyaki makan jalan dan masuk ke lorong jalan bas persiaran yang membawa 15 pelancong warga China.

“Pelanggaran itu mengakibatkan bas persiaran terbabas dan terbalik ke sebelah kiri jalan,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Menurutnya, dalam kejadian itu, seorang pelancong meninggal dunia dan dirujuk ke Hospital Semporna.

“Sementara penumpang yang lain tidak mengalami sebarang kecederaan manakala pemandu lori patah kaki sebelah kanan dan dirujuk ke Hospital Tawau. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, sebarang keterangan kes boleh berhubung dengan pegawai penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Semporna, Inspektor Hemkkumar A/L Ayathuray di talian 012-3650021 atau 089-782020. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI