fbpx
KEBERADAAN guru yang mencukupi akan menjadikan pelajar dapat menguasai mata pelajaran di sekolah. – GAMBAR HIASAN

‘Graduan guru ramai tetapi penempatan lambat’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ALOR SETAR – Masalah kekurangan guru di sesetengah sekolah ada disebabkan beberapa faktor termasuk mereka yang bersara awal kerana tidak tahan dengan beban tugas yang ba­nyak, birokrasi dan masalah kesihatan.

Pengerusi Pelibatan Ibu Bapa, Komuniti dan Pihak Swasta Kedah, Zainol Abidin Mohamad berkata, isu itu telah berlanjutan sejak lebih setahun lalu dan lebih ketara ketika ini.

“Sebagai contoh, bagi mata pelajaran matematik, ia memerlukan guru yang pakar dalam bidang itu,” jelasnya.

Sehubungan itu, beliau menggesa Kementerian Pendidikan (KPM) mempercepatkan lantikan guru daripada graduan berkaitan bagi memastikan masalah itu tidak berlarutan.

Katanya, kementerian juga perlu membuat pengambilan one off guru dalam kalangan siswazah secara kerap.

“Percepat lantikan guru-guru dari institusi pengajian tinggi yang ada ijazah perguruan. KPM perlu membuat unjuran lima tahun ke hadapan berkaitan bekalan guru,” katanya.

Sementara itu, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Menengah Kebangsaan Kubor Panjang, Shaharol Niza Omar berkata, setiap sekolah mengalami kekurangan antara dua hingga tiga guru.

“Graduan perguruan ramai tetapi lambat buat penempatan,” katanya.

Pada 1 April lalu, Kosmo! melaporkan KPM akan mengadakan pengambilan khas guru-guru baharu dalam tempoh terdekat bagi mengatasi masalah kekura­ngan guru bagi beberapa subjek teras di negara ini.

Kekosongan itu berlaku berikutan daripada persaraan wajib, persaraan pilihan, kenaikan pangkat, cuti belajar, cuti tanpa gaji, meletak jawatan dan me­ninggal dunia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN