fbpx

Skrip Surat Dari Tuhan ajar penonton benda tak elok – Mohd. Naim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Na'im (kanan) menyelar dialog dari sedutan sebuah drama Melayu menerusi siaran langsung di media sosialnya baru-baru ini.

PETALING JAYA – Skrip dan babak dalam drama kontroversi, Surat Dari Tuhan menggambarkan sifat bercanggah dengan amalan Islam dan tidak baik untuk tontonan umum.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr Mohd Naim Mokhtar berkata, pihak penerbit dan produksi disaran untuk mendapatkan nasihat daripada mereka yang lebih arif.

“Dapatkan nasihat daripada agamawan atau ilmuwan terutama berkaitan isu agama sekiranya kurang jelas tentang sesuatu perkara.

“Paparan dalam drama tersebut yang menggunakan perkataan tidak baik di Tanah Suci seperti mengajar penonton satu benda yang tidak elok,” katanya dalam satu program temubual rancangan televisyen, malam semalam.

Tambah beliau, umat Islam wajar melafazkan atau menyebut kata-kata baik ketika berdoa apatah lagi berada di Tanah Suci Mekah.

“Dalam keadaan marah sekali pun, Islam tidak mengajar menggunakan kata-kata kesat atau menghina.

“Kita dalam kawasan mulia dilarang menggunakan perkataan kasar. Kita diajar untuk berdoa dan perlulah menggunakan bahasa yang baik,” katanya.

Sebelum ini, dialog yang dilontarkan pelakon tempatan, Janna Nick ketika menjayakan watak Misha dalam siri drama tersebut menjadi kontroversi apabila dianggap tidak bersesuaian dengan lokasi penggambarannya iaitu di Tanah Suci Mekah.

Antara dialognya adalah ‘Hei perempuan, kau dengar apa aku cakap, depan makam Rasullullah ini aku cakap depan muka kau, kalau Rayan benci aku, aku akan pastikan dekat tanah haram ini kau mampus’.

Skrip tersebut turut mendapat perhatian pendakwah terkenal, Ustazah Asma’ Harun yang mengkritik babak drama Melayu tersebut kerana merasakan dialog digunakan seperti tidak menghormati Tanah Suci, Mekah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI