fbpx

Repsol Honda ‘mati kutu’ cari pengganti Marquez

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MARINI dilaporkan telah melakukan pertemuan dengan Puig pada GP Thailand di Litar Antarabangsa Buriram baru-baru ini. – AFP

LONDON – Pasukan Repsol ­Honda dilihat menggunakan segala kesempatan untuk memburu pelumba berpengalaman menyertai mereka pada musim depan selepas dikatakan sedang ‘memancing’ pelumba VR46, Luca Marini untuk menyertai mereka.

Anak didik legenda MotoGP, Valentino Rossi, Marini dilaporkan telah melakukan pertemuan dengan individu penting daripada pasukan Honda iaitu Alberto Puig untuk membincangkan pertukaran bagi musim MotoGP 2024.

Rundingan tersebut dikatakan berlangsung pada Grand Prix (GP) Thailand baru-baru ini antara Marini dan Puig yang menawarkan slot pasukan pengeluar kepada pelumba berusia 26 tahun tersebut.

Bagaimanapun, penunggang VR46 itu dijangka tidak bersedia mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Marc Marquez pada penghujung musim ini ke­rana menyertai pasukan satelit Ducati,­ Gresini Racing.

“Jika khabar angin itu benar, saya akan gembira. Tetapi saya sudah mempunyai kontrak de­ngan VR46 sehingga musim 2024.

“Ketika ini, saya sangat ber­puas hati dengan keputusan yang kami peroleh bersama pasukan dan matlamat kami adalah untuk meneruskan kerja lebih baik bagi mencapai keputusan lebih cemerlang pada 2025,” tegas Marini.

Honda mahu merekrut penunggang berpengalaman pada saingan MotoGP dan enggan mempertimbangkan untuk mem­-
bawa masuk pelumba dari kelas Moto2.

Selain itu, pelumba Itali, Fabio Di Giannantonio sedang me­nunggu panggilan daripada ­Honda selepas pelumba Gre­sini itu tidak mempunyai tempat musim depan selepas diambil alih Marquez.

Pengurus Di Giannantonio juga dikatakan telah pergi ke Bu­riram di mana dia telah me­ngadakan perbincangan dengan bos Honda, Puig. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI