fbpx

Perkataan `maha-thir’ gamatkan Dewan Rakyat petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika memberi ucapan Penggulungan RUU Pembekalan (Belanjawan 2024) di Parlimen hari ini.

KUALA LUMPUR – Perkataan ‘maha’ membuatkan Dewan Rakyat hari ini gamat apabila sebutan ‘mahakaya’ yang dilontarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika sesi Penggulungan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2024 (Belanjawan 2024) di Parlimen dinafikan oleh beberapa Ahli Parlimen pembangkang.

Istilah maha kaya yang selalu disebut oleh Perdana Menteri itu didakwa penggunaannya khas kepada Tuhan dan institusi diraja sahaja.

“Nanti saya tanya DBP (Dewan Bahasa dan Pustaka), kenapa tidak boleh sedangkan perkataan ‘mahasiswa’ boleh, ‘mahawangsa’ boleh, ‘mahaguru’ boleh pula.

“Kemudian ada lagi istilah… ‘maha-thir’. Bahasa ini digunakan mengikut peredaran zaman, saya sokong Bera (Datuk Seri Ismail Sabri) untuk perkasakan bahasa ini,” jelasnya berseloroh. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI