fbpx

Mangsa banjir di Hilir Perak, Kerian meningkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba memantau kawasan banjir di Teluk Intan semalam. - Foto IHSAN JBPM

IPOH – Bilangan mangsa banjir mencatatkan peningkatan di daerah Hilir Perak dan Kerian dengan jumlah keseluruhan individu terlibat dengan bencana itu sehingga pukul 7 pagi tadi ialah 383 orang.

Jumlah tersebut merupakan peningkatan daripada 159 orang mangsa banjir yang direkodkan kelmarin.

Menurut laporan bencana banjir Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak, sebanyak empat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka di kedua-dua daerah tersebut bagi menempatkan semua mangsa terlibat.

Katanya, PPS terlibat ialah PPS Dewan Padang Tembak dan PPS Dewan MPTI Langkap di daerah Hilir Perak, yang mana ia masing-masing menempatkan 185 dan 41 orang mangsa dari 66 buah keluarga.

“PPS SK Changkat Lobak dan PPS SK Alor Pongsu di daerah Kerian pula menempatkan, masing-masing menempatkan 100 dan 57 orang mangsa dari 43 buah keluarga,” katanya di sini hari ini.

Menurut laporan itu, terdapat 17 lokasi banjir yang direkodkan setakat ini, antara Lorong Kedah, Lorong Sidang Osman, Kg. Batu 7, Kg. Batu 9 di Simpang 3, Kg. Batu 10, Lorong Belakang Klinik, Batu 9, Lorong Mesra, Batu 8, Batu 4 Changkat Jong dan Batu 7 1/2 di Teluk Intan.

Kawasan terlibat di Bagan Serai pula, katanya, ialah di Kg. Matang Tengah, Kg. Changkat Lobak, Kg, Beriai, Kg. Selekoh, Kg. Parit Air Hitam 2 dan Kg. Parit Kalang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI