fbpx

Stor simpan kanopi musnah terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Stor penyimpanan kanopi yang musnah terbakar dalam kejadian di Kampung Padang Balang, Kuala Lumpur, hari ini.

KUALA LUMPUR- Sebuah stor penyimpanan kanopi serta dua buah kereta musnah terbakar dalam kejadian di Kampung Padang Balang, di sini, hari ini.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kuala Lumpur dalam kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan tersebut pada pukul 10.30 pagi.

Tambahnya, sebanyak lapan jentera serta 36 anggota lain-lain pangkat keluaran Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jinjang, BBP Sentul, BBP Setapak dan BBP Wangsa Maju digerakkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, didapati kebakaran melibatkan stor penyimpanan kanopi dan sebuah bengkel yang bersambung di bahagian tepi stor berkenaan.

“Turut terkesan adalah dua buah kereta terbakar sebanyak 90 peratus dan dua buah rumah berhampiran terbakar sebanyak 10 peratus di bahagian bumbung,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas kenyataan itu, tiada mangsa yang terlibat dan punca kebakaran masih dalam siasatan.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI