fbpx

Ribut landa Pendang, 24 buah rumah rosak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota Angkatan Pertahanan Awam Pendang membuat pemantaun rumah yang rosak terkena ribut di Taman Delima, Mukim Air Puteh, Pendang petang tadi.

Pendang – Sebanyak 24 buah rumah di Mukim Air Puteh di sini rosak selepas sebahagian bumbung rumah diterbangkan angin dalam kejadian ribut petang tadi.

Dalam kejadian pada pukul 4.30 petang itu 23 bumbung rumah di Taman Sri Delima,Jalan Jenun dekat sini rosak, manakala bumbung sebuah rumah di Kampung Pulau Machang turut diterbangkan angin kencang.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Pendang Leftenan (PA) Yuslina Yusoff berkata, sebaik menerima aduan pihaknya bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati 72 mangsa di Taman Sri Delima dan dua mangsa di Kampung Pulau Machang terlibat.

“Anggota kita membuat pemantauan dan mendapati tiada mangsa yang cedera sebelum semua mereka dibawa ke tempat selamat.

“Sehingga kini tiada Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka dan mangsa kini menginap di rumah saudara mereka di kawasan berkenaan,” katanya.

Menurutnya, ribut petang tadi turut menyebabkan beberapa kejadian pokok tumbang di Perumahan Keda Asam Jawa dan lokasi berdekatan Klinik Kesihatan Pendang hingga
menghalang lalu lintas. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI