fbpx

Lelaki terjatuh lombong ditemui lemas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lelaki yang ditemui lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam lombong berdekatan PPR Intan Baiduri, di Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki ditemukan lemas selepas terjatuh ke dalam lombong berdekatan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Intan Baiduri, di sini, semalam.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 11.26 malam tadi.

Sebanyak dua jentera dan 16 anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jinjang digerakkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, orang awam memaklumkan seorang lelaki berusia 20-an dikhuatiri lemas.

“Pencarian dijalankan di sekitar tebing kawasan lombong, kita menemui barang peribadi milik mangsa kira-kira 10 meter dari tebing berkenaan.

“Sebuah bot kecil yang dinaiki dua anggota diarahkan melakukan pencarian di permukaan air,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mangsa dijumpai anggota bomba kira-kira 1.5 meter dari tebing pada pukul 1.33 pagi, hari ini.

“Lelaki itu disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan dan mayatnya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya. – KOSMO ONLINE!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI