fbpx

Dewan Rakyat: Kamera Awas akan ditambah di lokasi kerap kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Kementerian Pengangkutan melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menambah kamera Automated Awareness Safety System (Awas) di lokasi yang mempunyai kadar kemalangan tinggi.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah berkata, langkah tersebut diambil mengurangkan risiko kemalangan yang berpunca daripada ketidakpatuhan peraturan jalan raya khususnya melibatkan kesalahan memandu melebihi had laju.

“Hal ini disokong dengan kajian yang dijalankan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros).

“Institut ini mendapati tahap pematuhan pengguna jalan raya kepada peraturan had laju dan isyarat lalu lintas di lokasi pemasangan kamera tersebut adalah mencecah 99 peratus secara keseluruhannya,” katanya di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab soalan Datuk Suhaimi Nasir (BN-Libaran) berhubung status terkini cadangan menambah dan menggantikan unit kamera Awas.

Mengulas lanjut, beliau berkata, ketika ini sebanyak 45 kamera Awas sedang beroperasi dan dikuatkuasakan.

“Sebanyak 44 kamera sedang beroperasi sepenuhnya, manakala satu kamera sedang dalam proses pembaikan dan penyelenggaraan berpunca daripada kemalangan jalan raya,”ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI