fbpx
IBU BAPA boleh menghantar laporan mengenai anak-anak mereka bagi mengelakkan kejadian tidak diingini. -Gambar hiasan

Bayi mati dalam kereta jadi mimpi ngeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SAMPAI bila agaknya kita akan membaca berita mengenai bayi dan kanak-kanak maut akibat ditinggalkan ibu, bapa atau penjaga di dalam kenderaan kerana terlupa.

Sampai bila juga kita perlu mendengar kisah penjaga meninggalkan anak-anak kecil di dalam kereta tanpa diketahui sebab sehingga mereka ‘kelemasan’.

Tidak terlepas kisah budak-budak tidak sedarkan diri di dalam van sekolah selepas pemandu tidak sedar bahawa mereka belum keluar dari kenderaan.

Minggu lalu, kita dikejutkan dengan kisah bayi perempuan berusia 16 bulan yang juga anak seorang kakitangan sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di Kuala Nerus maut setelah ditinggalkan di dalam kereta bapanya.

Lelaki itu hanya sedar anaknya tidak dihantar ke pusat asuhan ketika mahu pulang. Kira-kira lapan jam budak itu ditinggalkan di parkir kereta.

Sebelum itu, bayi lapan bulan yang juga anak seorang doktor menghembuskan nafas terakhir akibat ditinggalkan di dalam kereta kerana terlupa. Bayi itu berada di dalam kereta kira-kira 10 jam.

Tragedi meragut nyawa yang berlaku tanpa sengaja itu menjadi penyumbang kepada peningkatan kes kematian kanak-kanak yang pastinya mengakibatkan trauma dan menjadi mimpi ngeri kalangan ibu bapa. Bukan mahu mencari salah namun sama-sama mencari langkah menanganinya.

Satu kisah diceritakan kepada penulis apabila seorang ibu hampir terlupa menghantar anaknya ke rumah pengasuh.

Dalam kelam kabut untuk ke tempat kerja tanpa sedar anaknya masih berada di dalam kerusi kanak-kanak di tempat duduk belakang.

Mujurlah anaknya itu bersuara dan perkara tidak diingini dapat dielakkan. Penulis pasti ramai dalam situasi begini, lebih-lebih lagi kepada mereka yang rutin bukan menghantar zuriat ke tempat pengasuh.

Insiden ini boleh dielakkan. Kita boleh meniru tindakan pihak sekolah yang mewajibkan ibu bapa menghantar laporan mengenai pelajar setiap pagi, Isnin hingga Jumaat tanpa gagal.

Ibu bapa perlu menyatakan alasan mengapa anak mereka tidak hadir ke sekolah. Jika tiada sebarang makluman, kehadiran pelajar dibuat tiada sebab.

Alasan pula macam-macam, ada yang ikut bapa ke luar kawasan, sakit perut, sakit kepala dan masalah pengangkutan. Paling banyak alasan adalah masalah keluarga. Lucu tetapi perkara ini sangat berguna.

Biarpun nampak remeh, menyusahkan namun ia penting kerana melibatkan nyawa anak-anak.

Pengusaha Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) dan Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) dan pengasuh tidak berdaftar boleh meniru amalan berkenaan. Ibu bapa perlu luangkanlah sedikit masa untuk menghantar laporan agar kejadian anak ditinggalkan dalam kereta dapat dielakkan.

Semua ini memerlukan kerjasama semua pihak, pasangan pula rajin-rajinlah ambil tahu tentang anak setiap pagi.

Rakan-rakan boleh menjadi insan penyibuk, manakala penjaga jangan leka dengan telefon, rajin-rajinlah periksa atau berborak dengan anak dalam kereta. Sentiasalah cakna dan tidak meninggalkan anak bersendirian walaupun satu minit. Nyawa mereka.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN