fbpx

Kuda mati, pemandu hidup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemandu, penumpang Ford Ranger selamat manakala kuda yang dilanggar mati di lokasi. Foto ihsan: FB MyHuluSelangor

GOMBAK – Pemandu serta penumpang kenderaan utiliti sukan (SUV) Ford Ranger berdepan detik cemas apabila terlibat dalam kemalangan dengan seekor kuda yang berkeliaran di Jalan Sungai Tua, Ulu Yam, di sini, hari ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Noor Ariffin Mohammad Nasir berkata, insiden berkenaan dilaporkan berlaku kira-kira pukul 6.30 pagi tadi.

Katanya, kenderaan terbabit dipandu oleh lelaki tempatan berusia 54 tahun dari arah antara Gapi menghala ke Sri Gombak.

“Apabila sampai di tempat kejadian, pemandu sedari seekor kuda berada di laluannya dan tidak sempat mengelak sehingga menyebabkan berlakunya kemalangan.

“Pemandu bersama penumpang tidak mengalami sebarang kecederaan manakala kuda tersebut mati ditempat kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, kes disiasat di bawah Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59).

“Orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat diminta tampil ke balai atau boleh menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat Trafik, Sarjan Mohd Sakri Mat di talian 019-9145899 atau bilik gerakan IPD Gombak di talian 03-61262222,”katanya-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI