fbpx

Hannah terharu dipuji TMJ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tunku Ismail bersama Hannah Yeoh ketika hadir merasmikan padang baharu di SNBJ, baru-baru ini.

PETALING JAYA – Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menyuarakan rasa terharu selepas menerima pujian daripada Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Menurut Hannah, beliau amat gembira apabila usaha beliau dan kementerian diperakui oleh pemilik pasukan Johor Darul Ta’zim itu.

“Kami bekerja awal dan waktu kerja kami terhad. Disebabkan saya mahu lakukan pelbagai pembaharuan, jadi atas dorongan itu kami mencipta budaya kerja yang kami ada sekarang.

“Bukan saya seorang tetapi saya berterusan beri tahu pasukan saya untuk terus bekerja. Saya rasa terharu kerana TMJ beri perhatian dan berikan sokongan beliau kepada kami,” katanya kepada pemberita.

Baru-baru ini, Tuanku Ismail memuji Hannah Yeoh ‘hebat’ ketika tampil dalam podcast ‘Keluar Sekejap’ ini yang dihoskan bekas Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin, bersama bekas Naib Ketua Pemuda Umno Shahril Sufian Hamdan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI