fbpx

ATM sedia hantar pasukan pengaman ke Palestin – Mohamad Hasan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bersedia menghantar pasukan pengaman ke Palestin sekiranya memperoleh mandat yang jelas untuk bertindak demikian.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, keputusan menghantar tentera pengaman secara unilateral ke kawasan bergolak bagaimanapun bukan mudah.

“Ia memerlukan penelitian pelbagai pihak. termasuk Kementerian Luar, pandangan negara sekitar kawasan bergolak atau kawasan krisis dan paling utama mendapat mandat yang jelas daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)

“Buat sahaja keputusan dan kami (ATM) akan ke sana (Palestin) jika ada keputusan, ada mandat membolehkan kita menghantar tentera pengaman kita dengan segera. Bahkan kita dah ada pun di Lubnan,” katanya pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI