fbpx

UMW jual 38,223 kenderaan bulan lalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kereta kecil antaranya Perodua Myvi dan Bezza menjadi pilihan ramai.

PETALING JAYA – Momentum jualan automotif Kumpulan UMW terus kukuh pada bulan September 2023 dengan pendaftaran sebanyak 38,223 kenderaan, didorong oleh UMW Toyota Motor (UMWT) dan syarikat bersekutu UMW, Perodua yang terus memenuhi pesanan tertunggak mereka.

Bagi sembilan bulan pertama 2023, jualan automotif Kumpulan meningkat sebanyak 16 peratus kepada 309,738 unit, daripada 267,226 unit yang didaftarkan pada tempoh yang sama tahun 2022.

Setakat September 2023, UMWT mencatatkan jualan sebanyak 76,511 unit, lapan peratus lebih tinggi daripada tahun lalu, dengan penguasaan pasaran sebanyak 13.4 peratus.

Bagi meningkatkan lagi barisan modelnya, UMWT memperkenalkan Toyota Yaris yang dikemaskini pada 18 September 2023 yang menampilkan penambahbaikan penggayaan, teknologi baharu dan reka bentuk dalaman segar.

Sementara itu, jualan Perodua melonjak kepada 233,227 unit, peningkatan 19 peratus berbanding tahun sebelumnya sehingga bulan September 2023, untuk mencapai bahagian pasaran sebanyak 40.8 peratus.

Model terlaris Perodua untuk tempoh sembilan bulan ini ialah Bezza, diikuti oleh Axia dan Myvi.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UMW Holdings Berhad, Datuk Seri Ahmad Fuaad Kenali berkata, setakat ini, kedua-dua syarikat terus mencatatkan jualan yang lebih tinggi berbanding tempoh sama pada 2022.

“Kami yakin kedua-dua syarikat akan mencapai sasaran jualan mereka untuk 2023 berdasarkan tempahan yang tertunggak.

“Jualan automotif pada suku terakhir tahun ini akan disokong oleh promosi akhir tahun yang menarik,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI