fbpx

UFO terhempas di kampus universiti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Beberapa orang berpakaian sut hazmat memeriksa lokasi UFO tersebut terhempas. – Jam Press

MADRID, SEPANYOL – Pelajar sebuah universiti di Madrid, Sepanyol terkejut melihat sebuah objek terbang tidak dikenali (UFO) terhempas di luar bangunan institusi pengajian tersebut, lapor akhbar Daily Star semalam.

Objek dikatakan menyerupai kapal angkasa itu ditemui di halaman  luar Fakulti Sains Alam Sekitar, Universiti Alcala pada 23 Oktober lalu.

Rakaman video UFO berkenaan  dikongsikan di platform media sosial. Ia  menunjukkan asap naik ke ruang udara ketika orang ramai menghampirinya.

Turut kelihatan ialah beberapa orang berpakaian sut hazmat berada di lokasi UFO tersebut terhempas.

Beberapa imej lain menunjukkan objek berbentuk piring terbang itu mempunyai sesuatu menyerupai antena televisyen pada bahagian atasnya.

Beberapa dakwan menyebut bahawa objek tersebut dihasilkan oleh pelajar sendiri.

Pihak universiti mengesahkan insiden tersebut, namun enggan memberikan sebarang komen lanjut.

“Anda bertanya kepada kami, namun kami tidak mengetahui apakah objek tersebut. Kami sedang menyiasat insiden ini dan akan memberitahu kepada anda sejurus mendapat maklumat mengenainya,” kata seorang jurucakap universiti. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI