fbpx

Kerajaan, pemain industri perlu perluas peluang ekonomi untuk rakyat – Agong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Al-Sultan Abdullah berkenan melihat dron Vtol Fixed Wing UAV ketika melawat ruang pameran selepas Majlis Pelancaran NHCCE 2023 di MITEC, Kuala Lumpur hari ini. - Foto oleh SHIDDIEQIIN ZON / KOSMO

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’aya­tuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan kerajaan dan pemain industri supaya bekerjasama dalam memperluaskan pembelajaran dan peluang pembangunan kepada rakyat susulan ketidaktentuan ekonomi, selepas Malaysia berdepan krisis kesihatan.

Baginda bertitah, dalam memastikan negara kekal kuat dan bersaing pada masa hadapan, tenaga kerja dan bakat juga mesti digalakkan dan diilhamkan dalam menjadikan pembelajaran sepanjang hayat selain memberi keutamaan kepada pembangunan sahsiah yang berterusan.

“Krisis kesihatan telah mengubah cara hidup, pembelajaran kepada anak-anak, operasi perniagaan selain pengurusan kepada industri yang pelbagai.

“Perubahan ini bukan sahaja pada waktu tersebut, tetapi menyebabkan anjakan paradigma yang ketara kepada rakyat, perniagaan, industri dan negara.

“Justeru, pengajaran boleh diambil daripada keadaan tersebut ialah perniagaan yang mampu bertahan selain perkembangan bakat baharu yang semakin meluas,” titah baginda pada Majlis Perasmian National Human Capital Conference & Exhibition (NHCCE) 2023 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di sini, hari ini.

Al-Sultan Abdullah bertitah, selepas dua tahun yang mencabar, negara kembali menikmati tempoh kestabilan ekonomi dengan kadar penyertaan buruh meningkat pada 70.1 peratus sehingga Julai tahun ini.

“Sehubungan itu, dalam meneruskan pertumbuhan dan pemulihan momentum ini, kita mesti terus untuk melabur kepada bakat dan tenaga kerja.

“Sebab itu usaha dilaksanakan oleh Kementerian Sumber Manusia bersama Human Resource Development Corporation penting dalam membantu untuk mencapai matlamat tersebut dengan mewujudkan dasar yang betul dan memastikan penyampaian mekanisme berstruktur untuk latihan dan dana latihan,” titah baginda. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI