KLANG – Bot nelayan tempatan yang ingin mengejar komisen sehingga RM80 bagi setiap kilogram hasil laut punca mereka bertindak menceroboh masuk ke perairan sempadan negara jiran. Mereka yang rata-rata terdiri daripada tekong dan awak-awak warga asing itu juga sanggup menutup Sistem Pengenalan Automatik (AIS) yang digunakan bagi memantau kedudukan dan keselamatan bot-bot tersebut. Mendedahkan perkara itu, Timbalan Pengarah (Operasi) Maritim Negeri Selangor, Komander Maritim Mohd. Sharenliza Ghazali berkata, kebiasaannya mereka akan masuk perairan negara jiran sehingga tiga batu nautika susulan……