fbpx

Bayi termasuk 12 korban nahas Cessna

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan pesawat Cessna Caravan. – Guardian Jet

BRASILIA, BRAZIL –  Seramai 12 individu termasuk seorang bayi terbunuh dalam nahas sebuah pesawat ringan di rantau Amazon sebelah Brazil semalam, lapor laman berita Wion News.

Kerajaan negeri Acre dalam satu kenyataan berkata, pesawat enjin tunggal Cessna Caravan itu terhempas berhampiran lapangan terbang Rio Branco sejurus berlepas.

Kesemua 10 penumpang selain juruterbang dan pembantunya meninggal dunia di tempat kejadian.

Memetik media tempatan, agensi berita AFP melaporkan bahawa pesawat itu terbakar selepas terhempas, menyebabkan kebakaran hutan tercetus di kawasan terpencil berhampiran sempadan Brazil dengan Peru dan Bolivia.

Kebanyakan penumpang dilaporkan dalam perjalanan pulang ke negeri jiran, Amazonas selepas menerima rawatan perubatan. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI