fbpx

Saya tak terlibat politik, tapi berhak beri pandangan tentang politik – TMJ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tunku Ismail muncul sebagai tetamu jemputan di podcast ‘Keluar Sekejap’ hari ini.

PETALING JAYA – Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyifatkan dirinya juga berhak untuk memberi pandangan atau mengulas mengenai sebarang isu politik negara.

Baginda yang tampil menerusi podcast ‘Keluar Sekejap’ kendalian bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Shahril Hamdan hari ini menjelaskan bahawa tiada istilah bahawa kerabat diraja tidak boleh bersuara soal politik.

“Banyak orang cakap, tunku, raja tak boleh terlibat dalam politik dan seangkatan dengannya.

“Saya tak terlibat dalam politik, tetapi macam rakyat biasa juga, saya juga berhak untuk memberi pandangan saya ataupun saya punya cadangan.

“Ya, itu saya, saya suka jadi yang paling di hadapan dan bercakap terus terang,” titah baginda selepas disoal Khairy Jamaluddin sama ada baginda seorang yang bersuara lantang tentang politik.

Titah baginda lagi, meskipun membesar dalam dunia kerabat diraja, isu politik semasa perlu dijadikan sebagai pengetahuan dalam diri seseorang individu.

“Dalam segi pengetahuan ataupun pandangan, ia tidak salah. Maksud saya , saya juga penduduk dalam negara ini. Kenapa orang lain boleh bercakap dengan pandangan mereka dengan situasi politik tetapi saya tidak boleh?.

“Jadi bagi saya, saya tidak bersetuju sekiranya ada pihak yang menghalang kerabat diraja untuk turut bersuara soal politik,” titah baginda.

Terdahulu, menerusi InstaStory Khairy Jamaluddin, beliau memuat naik tangkap layar komen daripada TMJ yang secara jelas menawarkan diri untuk muncul sebagai tetamu jemputan dalam podcast ‘Keluar Sekejap’.

“Baik ajak saya aja masuk ‘Keluar Sekejap’ ini. No holds bar (tanpa sempadan). Kasi gegar sikit negara ini,” titah baginda menerusi ruangan komen tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI