fbpx

‘Mohon maaf pamer daging katak sebelah ayam, ikan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar daging yang didakwa kaki katak yang dipamerkan bersebelahan ikan dan ayam, tular di laman Twitter, baru-baru ini.

PETALING JAYA – Syarikat NSK Trade City Sdn Bhd (NSK) tampil memohon maaf secara terbuka selepas tular salah satu cawangannya didakwa menjual daging katak.

Menerusi satu kenyataan, pihak NSK berkata, mereka sedar ia adalah isu serius dan tindakan telah pun diambil serta-merta.

“Kepada pelanggan kami dan umat Islam, kami memohon maaf atas insiden yang berlaku pada 24 Oktober, baru-baru ini.

“Kami faham tahap keseriusan isu ini dan tindakan telah diambil serta-merta. Amaran keras juga telah diberikan kepada pekerja yang terlibat.

“Pihak NSK memohon maaf sekali lagi dan akan memastikan sebaik-baiknya, supaya tidak akan berlaku lagi kesilapan tersebut,” kata kenyataan itu.

Terdahulu Kosmo! melaporkan, orang ramai terkejut setelah melihat gambar sepinggan kaki katak yang dijual bersebelahan ikan dan ayam tular di laman Twitter, baru-baru ini.

Menurut hantaran sama, kaki katak tersebut dijual secara terbuka di sebuah pasar raya terkemuka di Selangor. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI