fbpx

Jenazah Badrul Muhayat selamat dikebumikan,

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JENAZAH pelakon Allahyarham Badrul Muhayat selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah Taman Batu Muda pagi tadi.

KUALA LUMPUR – Jenazah pelakon yang terkenal dengan watak Harry Boy, Allahyarham Badrul Muhayat selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah Taman Batu Muda sekitar pukul 9.45 pagi tadi.

Jenazah pelakon itu selesai dimandi dan dikafankan di Masjid Al-Hidayah, Sentul di sini, sebelum disembahyangkan dengan dihadiri lebih 100 orang termasuk ahli keluarga dan rakan selebriti.

Antara selebriti yang hadir bagi memberi penghormatan terakhir ialah Presiden Seniman, Zed Zaidi, Azhar Sulaiman, Azri Iskandar dan Didie Alias.

Pagi semalam, Allahyarham Badrul atau nama sebenarnya, Badrul Muhayat Ahmad Jailani, meninggal dunia dalam tidur di sebuah inap desa di Taman Pauh Jaya, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Badrul meninggalkan seorang balu, Norhayati yang baru dinikahi pada 18 April lalu.

Allahyarham juga meninggalkan dua cahaya mata, hasil perkahwinannya yang terdahulu masing-masing berusia 14 dan 16 tahun.

Selaim filem Harry Boy terbitan 1991, Badrul juga masih diingati menerusi filem Riang Tirana (1990). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI