fbpx

Barang antik dalam rumah punca gangguan mistik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara barang-barang antik yang ditemui ketika proses rawatan dan didakwa ada 'penjaga'.

PETALING JAYA – Seorang perawat tradisional mendakwa bahawa makhluk halus seperti jin amat tertarik dengan barangan antik dan boleh menyebabkan gangguan mistik.

Ia juga cenderung bertindak sebagai khadam atau ‘penjaga’ kepada barang-barang berkenaan.

Menerusi perkongsian Amniqlo di TikTok, kebiasaannya golongan lelaki yang menjadi peminat dan pengumpul barangan berkenaan.

“Ni lagi keris kecik yang ada khadam, merosakkan hubungan suami isteri, rumah tangga kepanasan, tak boleh tidur malam dan gatal-gatal badan sukar pulih.

“Ni pun ada penjaga juga. Jin memang suka barang-barang besi yang antik macam ni. Orang laki biasanya suka kumpul barangan vintaj macam ni,” katanya.

Katanya ketika proses rawatan, dia dan suami juga pernah menemui keris berbalut kain kuning yang menjadikan punca rumah tangga ‘panas’.

“Ni lagi antara barang yang kami jumpa ketika berubat rumah pesakit. Keris berbalut kain kuning yang menjadi punca berlakunya kepanasan rumah tangga (bukan sihir tapi jin),” ujarnya.

Selain itu katanya, mereka selalu berdoa supaya semua pesakit yang dirawat diberi kesembuhan segera.

“Dalam hati selalu berdoa semoga Allah angkat segala penyakit dan berikan kesabaran tinggi untuk pesakit yang diuji dengan sihir.

“Alhamdulillah rasa tenang dapat bantu mangsa sihir pemisah, penyakit, jodoh, perniagaan dan mangsa santau,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI