fbpx

Dataran Tanjung Mas di Roblox sudah tiada lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar hantaran @cikguzyd berkenaan ‘server’ Dataran Tanjung Mas yang sudah tidak boleh diakses

PETALING JAYA – Dataran Tanjung Mas yang menjadi tempat perhimpunan kanak-kanak dan remaja yang ingin menunjukkan solidariti bersama Palestin kini tidak boleh diakses lagi.

Perkembangan tersebut dikongsikan oleh @cikguzyd di laman TikToknya, semalam.

Bagaimanapun, menurut guru yang juga seorang penstrim kandungan itu, kehilangan ‘server’ tersebut tidak sekali-kali akan mematahkan semangat mereka.

“Kami akan bangkit dan buat semula, doakan kami,” kata @cikguzyd di ruangan komen.

Turut bersedih dengan kehilangan ‘server’ Dataran Tanjung Mas, orang ramai mula memberikan kata-kata semangat dan meminta agar guru tersebut tidak mudah patah semangat.

“Jangan putus asa cikgu. Kami rakyat Malaysia sentiasa sokong demi Palestin,” kata seorang pengguna.

“Patutlah anak saya cari berkali-kali. Walaupun saya dah cakap, Dataran Tanjung Mas sudah tiada lagi, tapi anak masih lagi mencari-cari,” kata Faizal.

“Kalau ada yang masih ingin mencuba, boleh pergi ke Google dan taip Dataran Tanjung Mas Roblox. Cuba masuk dari situ, mungkin berjaya,” kata Syed.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan, bagi menunjukkan sokongan terhadap Palestin, kanak-kanak dan remaja telah menganjurkan perhimpunan secara maya dalam sebuah permainan video terkenal, Roblox.

Sehingga kini, perhimpunan itu telah dihadiri lebih 200 orang pemain sejak 20 Oktober lalu dan telah mendapat perhatian antarabangsa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI